Talam dua muka
Identiti ganda dua
Si malaikat dan syaitan
pada lembaran yang sama
Hari ini dia sempurna
Menegakkan keadilan di alam maya
Esok lusa dia celaka
Menindas semua sama sahaja
Si pedofil dicela
Perogol dimurka
Artikel berjela jela
Tapi dia juga serupa
Bahan lucah berleluasa
Perempuan disiul digoda
Komputer riba jadi arkib dosa
Kerana bagi mereka apa salahnya
Punya nafsu sering ternoda
Kau fikir kau upaya
Mengubah dunia sedang kau menghancurkannya
Menikam mangsa sambil menekan luka
Menikam mangsa sambil menekan luka
Orang dah bertindak dia masih berkata-kata
Dia ditegur, yang dimarahnya kita
Dunia hancur, mana tidaknya?
Perangai dengan hewan sama serupa
Dia ditegur, yang dimarahnya kita
Dunia hancur, mana tidaknya?
Perangai dengan hewan sama serupa
Hormati wanita kasihi mereka
Kalau demikian pun tiada
Walau dari senormal manusia
Apa kau fikir perogol durjana
Si pedofil neraka
Boleh berfikir serupa?